Pemberitahuan

Makluman

1) e-Penarafan SKPM (SR) versi 2003 & 2010 Tarikh Akhir Pengisian - 27 Disember 2013 (Status Terkini)
Selesai -
2) Pemantauan Persediaan Sekolah (PPSET) - 1 hingga 31 Disember 2013
3) e-Prestasi PBPPP Tarikh Akhir Penilaian - 17 Januari 2014
4) e-Penarafan SKPM (SM) versi 2003 & 2010 : Pengisian - 1 Februari hingga 11 April 2014

Monday, October 28, 2013

Pelantikan Jawatankuasa PBPPP Sekolah

Makluman bagi sekolah-sekolah daerah Bentong yang masih tidak melantik Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) http://apps.moe.gov.my/smg/10, adalah diminta untuk melaksanakannya selewatnya 1 November 2013 (Jumaat). Ia bagi membolehkan proses pelantikan Pegawai Penilai Pertama dan Kedua dilaksanakan.


Senarai Sekolah Yang Masih Belum Melantik JK PBPPP
( semakan 06/11/2013; 4.00ptg )

1. SK Karak
2. SK Jambu Rias
3. SK Simpang Pelangai
4. SK Kemasul
5. SK Bukit Piatu
6. SK Chemomoi
7. SK Sulaiman
8. SJKC Khai Mun Chamang
9. SJKC Ketari
10. SJKC Perting
11. SJKC Sungai Dua
12. SJKC Telemong
13. SJKC Bukit Tinggi
14. SJKC Sungai Penjuring
15. SJKT Bentong
16. SJKT Ladang Renjok
17. SJKT Karak
18. SJKT Lurah Bilut
19. SMK Seri Pelangai
20. SMK Kuala Repas
21. SMK Telemong
22. SMK Katholik
23. SMK Khai Mun
24. SMK Karak

Friday, October 25, 2013

Slide Mesyuarat GPK HEM SM IL-KPKT

Bahan Mesyuarat GPK HEM Sekolah Menengah PPD Bentong di IL-KPKT Bukit Tinggi Resort pada 21 hingga 23 Oktober 2013 boleh dimuat turun pada pautan berikut

Muat Turun > Dokumen > 2103 > 10 Oktober > Slide IL-KPKT

Unit Pengurusan Sekolah
PPD Bentong

Friday, October 18, 2013

Pengumpulan Data dan Maklumat Menerusi e-Perlu

Dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia sedang melaksanakan pengumpulan data dan maklumat keperluan asas keperluan sekolah sesi 2014 menggunakan modul e-Perlu menerusi Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) apdm.moe.gov.my . Tarikh akhir pengisian maklumat ialah pada 31 Oktober 2013.

Surat siaran dan manual pengguna boleh dimuat turun di Muat Turun > Dokumen > 10 Oktober > E-PERLU.zip

Mohon tindakan dan perhatian pihak tuan. Terima kasih

Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Bentong

Wednesday, September 25, 2013

Bahan Taklimat Pelaksanaan PBPPP

Makluman kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Bentong. Bahan Taklimat Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) boleh dimuat turun pada pautan berikut:

1. Muat Turun > 2013 > Slide PBPPP
2. Emel Kurikulum PPD Bentong

Harap maklum.

Tuesday, September 17, 2013

Mesyuarat Online SBP GPK Rendah SK

Dimaklumkan Mesyuarat Online SBP GPK Rendah SK akan diadakan pada ketetapan berikut:

     Tarikh       :   17/9/2013 (Selasa)
     Masa        :   2.30 petang
     Tempat     :   Dewan Aspirasi, PPD Bentong

Monday, September 9, 2013

Permohonan ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4 SBP Tahun 2014

Dimaklumkan bahawa permohonan secara atas talian untuk kemasukan murid Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tahun 2014 akan dibuka bermula dari 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013.

Panduan dan maklumat berkaitan dengan tatacara permohonan boleh dicapai dengan melayari laman web KPM di http://www.moe.gov.my. Bagi membuat permohonan sila klik pautan berikut > Permohonan SBP.

Bagi sebarang pertanyaan sila hubungi Haji Amirullah bin Bidin (Ketua Unit Pengurusan Sekolah, PPD Bentong)

Harap maklum.

Thursday, August 22, 2013

Kemasukan ke Tingkatan 1, Sekolah Kawalan dan SBP

Dimaklumkan bahawa pendaftaran ke Tingkatan 1, memasuki sekolah kawalan dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan dilaksanakan atas talian melalui sistem APDM berdasarkan ketetapan berikut:


PERKARA TEMPOH TINDAKAN
Pembukaan APDM bagi Pendaftaran Tingkatan 1.
Guru kelas tahun 6 membuat permohonan atas talian
 berdasarkan BPPS
1/8/2013
- 14/9/2013
Guru kelas Tahun 6/
 GPK HEM/ PPD(M)
Pembukaan Permohonan Sekolah Kawalan JPN
(RKN/ SMKA) PPD (RKD/KAA)
1/8/2013
- 14/9/2013
Guru kelas Tahun 6/
 GPK HEM/ PPD(M)
Pembukaan Sistem Permohonan ke
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
1/9/2013
- 15/10/2013
Guru kelas Tahun 6/
 GPK HEM/ PPD(M)

Makluman dari Unit Pengurusan Sekolah PPD Bentong