Pemberitahuan

Makluman

1) e-Penarafan SKPM (SR) versi 2003 & 2010 Tarikh Akhir Pengisian - 27 Disember 2013 (Status Terkini)
Selesai -
2) Pemantauan Persediaan Sekolah (PPSET) - 1 hingga 31 Disember 2013
3) e-Prestasi PBPPP Tarikh Akhir Penilaian - 17 Januari 2014
4) e-Penarafan SKPM (SM) versi 2003 & 2010 : Pengisian - 1 Februari hingga 11 April 2014

Monday, February 15, 2016

Mesyuarat Pengurusan Sekolah Daerah Bentong Bil 1 Tahun 2016


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat dari Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Bentong, Tn Hj Misnan Bin Hj Mohd Damin.


Kehadiran adalah dari semua Pengetua dan Guru Besar dari sekolah-sekolah dalam daerah Bentong.



Pembentangan dari Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Saiful Baheran Bin Abdul Manaf.



Pembentangan dari Pengurusan Sekolah Rendah, Encik Abdul Latif Bin Abdul Hamid.


Pembentangan dari Ketua Unit Pengurusan Akademik, Encik Abdul Naseer Bin Mohd Yatib.


Pembentangan dari Ketua Unit Pengurusan Sekolah, Hj Amirullah Bin Bidin.






Monday, February 1, 2016

MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH DAERAH BENTONG

Makluman kepada semua Pengetua dan Guru Besar bagi sekolah-sekolah dalam daerah Bentong. Satu mesyuarat Pengurusan Sekolah akan diadakan seperti maklumat berikut:

                                        TARIKH:       4 FEBRUARI 2016 (KHAMIS)

                                        TEMPAT:      DEWAN AL KHAWARIZMI 
SMK KARAK SETIA

                                         MASA:          8:30 PAGI

Sekian dimaklumkan.


MAKLUMAN TARIKH VERIFIKASI DATA KEDUDUKAN GURU DAN MURID MELALUI MODUL PENGURUSAN GURU (eOPERASI) DAN MODUL PENGURUSAN MURID (APDM) BAGI TAHUN 2016

BIL
DATA BERAKHIR PADA
TARIKH VERIFIKASI DATA MAKLUMAT OLEH KPM
1.
31 JANUARI 2016
23 – 25 FEBRUARI 2016*
2.
30 APRIL 2016
23 – 25 MEI 2016*
3.
31 JULAI 2016
22 – 24  OGOS 2016*
4.
31 OKTOBER 2016
23 – 25 NOVEMBER 2016*
*tertakluk  kepada pindaan




Monday, October 5, 2015

SELAMAT BERTUGAS KETUA PPD BENTONG

Selamat Datang Ketua PPD Bentong yang yang baru Tn. Hj. Misnan bin Mohd Damin dan selamat bertugas ditempat baru Tn. Hj. Abdul Rahim bin Mohd Yunus di PPD Kuantan mulai 1 Oktober 2015.

Monday, January 27, 2014

Tindakan Pengetua Dan Guru Besar mengemaskini Borang MPG1 dan MPG 2.

Tuan PGB, mohon  mengemaskini tindakan dalam borang MPG1 dan MPG2 bagi sesi pertukaran guru 2014. Terima kasih.

Hj. Amirullah Bidin
Pengurusan Sekolah PPD

Wednesday, December 4, 2013

Pemantauan Persediaan Sekolah Akhir Tahun 2013

Aktiviti Pemantauan Persediaan Sekolah Akhir Tahun (PPSET) akan dilaksanakan dari 1 hingga 31 Disember 2013. Instrumen pemantauan boleh dimuat turn dari Muat Turun > PPSET 2013 > Instrumen Akhir Tahun 2013.pdf

Sehubungan itu, Pengetua / Guru Besar perlu melengkapkan Instrumen PPSET dan menyerahkannya kepada Pegawai Pemantau. Tempoh pemantauan adalah seperti berikut:


Fasa 1   : 1 hingga 10 Disember 2013 (PPD)

Fasa 2   : 16 hingga 31 Disember 2013 (JPN & KPM)
























Haji Amirullah bin Bidin
Ketua Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Bentong

Penggal Persekolah Tahun 2014


Dokumen boleh dimuat turun dari : Muat Turun > Dokumen > 2014 > Takwim Penggal Persekolah 2014

Monday, December 2, 2013

Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) Tahun 2013

Dimaklumkan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) sehingga tahun 2015 masih mengguna pakai Instrumen SKPM versi 2003 ( nkra.moe.gov.my ). Tapak penentuan Instrumen SKPM 2003 boleh dimuat turun daripada Portal JNJK ( www.moe.gov.my/jnjk ).

Sehubungan itu, sekolah-sekolah perlu melengkapkan Penilaian Kendiri Sekolah menggunakan kedua-dua Instrumen.


i. SKPM versi 2003 (Portal NKRA)

ii. SKPM versi 2010 (e-Penarafan)

Harap maklum.

Nota :
Status pengemaskinian SKPM 2003 (Portal NKRA) dan SKPM 2010 (e-Penarafan) akan dipaparkan pada pautan Status Terkini Pengisian SKPM SR.



Monday, November 25, 2013

Status Pengisian SKPM 2013 Sekolah Rendah

Penarafan kendiri Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) bagi Sekolah Rendah dilaksanakan secara online di laman e-Penarafan (SKPM versi 2010) http://www.moe.gov.my/enazir dan di Portal NKRA (SKPM versi 2003) http://nkra.moe.gov.my

Tarikh pelaksanaan ialah mulai 1 November 2013 sehingga 27 Disember 2013. Sehubungan itu pihak sekolah dipohon supaya melengkapkan pengisian selewatnya 20 Disember 2013 bagi semakan peringkat daerah.


Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Bentong

i. e-Penarafan (SKPM versi 2010)
( Tarikh kemaskini : 27/12/2013 ; 9.30 mlm )

*** Sila buat pengesahan skor setelah lengkap membuat pengisian.


    ****  NOTA  ****

Sila pastikan bilangan/jumlah item yang berkaitan dengan perkara di bawah adalah sama di bahagian 'SETUP'



Standard 3

    3.1.2 Panitia Mata Pelajaran

    3.2.2 Kelab & Persatuan Akademik

    3.2.3 Badan Beruniform

    3.2.4 Kelab Sukan & Permainan




Standard 4


Guru




Standard 5

    5.3.1 SR (PKS)       *tandakan ( )

    5.3.2 SR (UPSR)     *tandakan ( √ )


Status Pengisian e-Penarafan SKPM - Sekolah Rendah
ii. Portal NKRA ( SKPM versi 2003 )
( Tarikh kemaskini : 27/12/2013 ; 10.00 pg )


Thursday, November 14, 2013

e-Prestasi PBPPP: Pelantikan Pegawai Penilai

Makluman kepada sekolah-sekolah yang masih belum melantik Pegawai Penilai. Sila login menggunakan No IC Ahli Jawatankuasa PBPPP yang telah dilantik.

ID Pengguna: <No IC>              cth: 600606061515
Katalaluan: <No IC>

Setelah selesai membuat lantikan sila klik petak pengesahan dan butang 'Hantar' di laman terakhir.
Proses penilaian boleh dilaksanakan setelah pelantikan disahkan oleh PPD.
Harap maklum.

Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Bentong

Senarai Sekolah Yang Masih Belum Melantik Pegawai Penilai.
( semakan 27/11/2013; 8.30pg )

1. SK TUANKU FATIMAH
2. SK FELDA KG. SERTIK
3. SK KARAK
4. SK JAMBU RIAS
5. SK PELANGAI
6. SK SIMPANG PELANGAI
7. SK (FELDA) MEMPAGA 2
8. SK (FELDA) SG KEMAHAL
9. SK (FELDA) CHEMOMOI
10. SK SULAIMAN
11. SJK(C) KETARI
12. SJK(C) SUNGAI DUA
13. SJK(C) BUKIT TINGGI
14. SJK(T) LADANG TELEMONG
15. SJK(T) LADANG RENJOK
16. SJK(T) LURAH BILUT
17. SMK (FELDA) LURAH BILUT
18. SMK SERI PELANGAI
19. SMK (FELDA) CHEMOMOI
20. SMK TELEMONG
21. SMK KATHOLIK
22. SMK KHAI MUN
23. SMK KARAK
24. SMK SULAIMAN

Thursday, November 7, 2013

Perubahan Tempoh Prapelaksanaan PBPPP

Tempoh pelaksanaan Prapelaksanaan PBPPP di http://apps.moe.gov.my/smg/10/ telah dilanjutkan ke 31 Januari 2014. Tarikh akhir bagi penilaian oleh Pegawai Penilai ialah pada 17 Januari 2014. Harap maklum.


Monday, October 28, 2013

Pelantikan Jawatankuasa PBPPP Sekolah

Makluman bagi sekolah-sekolah daerah Bentong yang masih tidak melantik Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) http://apps.moe.gov.my/smg/10, adalah diminta untuk melaksanakannya selewatnya 1 November 2013 (Jumaat). Ia bagi membolehkan proses pelantikan Pegawai Penilai Pertama dan Kedua dilaksanakan.


Senarai Sekolah Yang Masih Belum Melantik JK PBPPP
( semakan 06/11/2013; 4.00ptg )

1. SK Karak
2. SK Jambu Rias
3. SK Simpang Pelangai
4. SK Kemasul
5. SK Bukit Piatu
6. SK Chemomoi
7. SK Sulaiman
8. SJKC Khai Mun Chamang
9. SJKC Ketari
10. SJKC Perting
11. SJKC Sungai Dua
12. SJKC Telemong
13. SJKC Bukit Tinggi
14. SJKC Sungai Penjuring
15. SJKT Bentong
16. SJKT Ladang Renjok
17. SJKT Karak
18. SJKT Lurah Bilut
19. SMK Seri Pelangai
20. SMK Kuala Repas
21. SMK Telemong
22. SMK Katholik
23. SMK Khai Mun
24. SMK Karak

Friday, October 25, 2013

Slide Mesyuarat GPK HEM SM IL-KPKT

Bahan Mesyuarat GPK HEM Sekolah Menengah PPD Bentong di IL-KPKT Bukit Tinggi Resort pada 21 hingga 23 Oktober 2013 boleh dimuat turun pada pautan berikut

Muat Turun > Dokumen > 2103 > 10 Oktober > Slide IL-KPKT

Unit Pengurusan Sekolah
PPD Bentong

Friday, October 18, 2013

Pengumpulan Data dan Maklumat Menerusi e-Perlu

Dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia sedang melaksanakan pengumpulan data dan maklumat keperluan asas keperluan sekolah sesi 2014 menggunakan modul e-Perlu menerusi Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) apdm.moe.gov.my . Tarikh akhir pengisian maklumat ialah pada 31 Oktober 2013.

Surat siaran dan manual pengguna boleh dimuat turun di Muat Turun > Dokumen > 10 Oktober > E-PERLU.zip

Mohon tindakan dan perhatian pihak tuan. Terima kasih

Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Bentong

Wednesday, September 25, 2013

Bahan Taklimat Pelaksanaan PBPPP

Makluman kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Bentong. Bahan Taklimat Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) boleh dimuat turun pada pautan berikut:

1. Muat Turun > 2013 > Slide PBPPP
2. Emel Kurikulum PPD Bentong

Harap maklum.