Pemberitahuan

Makluman

1) e-Penarafan SKPM (SR) versi 2003 & 2010 Tarikh Akhir Pengisian - 27 Disember 2013 (Status Terkini)
Selesai -
2) Pemantauan Persediaan Sekolah (PPSET) - 1 hingga 31 Disember 2013
3) e-Prestasi PBPPP Tarikh Akhir Penilaian - 17 Januari 2014
4) e-Penarafan SKPM (SM) versi 2003 & 2010 : Pengisian - 1 Februari hingga 11 April 2014

Wednesday, December 4, 2013

Pemantauan Persediaan Sekolah Akhir Tahun 2013

Aktiviti Pemantauan Persediaan Sekolah Akhir Tahun (PPSET) akan dilaksanakan dari 1 hingga 31 Disember 2013. Instrumen pemantauan boleh dimuat turn dari Muat Turun > PPSET 2013 > Instrumen Akhir Tahun 2013.pdf

Sehubungan itu, Pengetua / Guru Besar perlu melengkapkan Instrumen PPSET dan menyerahkannya kepada Pegawai Pemantau. Tempoh pemantauan adalah seperti berikut:


Fasa 1   : 1 hingga 10 Disember 2013 (PPD)

Fasa 2   : 16 hingga 31 Disember 2013 (JPN & KPM)
























Haji Amirullah bin Bidin
Ketua Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Bentong

Penggal Persekolah Tahun 2014


Dokumen boleh dimuat turun dari : Muat Turun > Dokumen > 2014 > Takwim Penggal Persekolah 2014

Monday, December 2, 2013

Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) Tahun 2013

Dimaklumkan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) sehingga tahun 2015 masih mengguna pakai Instrumen SKPM versi 2003 ( nkra.moe.gov.my ). Tapak penentuan Instrumen SKPM 2003 boleh dimuat turun daripada Portal JNJK ( www.moe.gov.my/jnjk ).

Sehubungan itu, sekolah-sekolah perlu melengkapkan Penilaian Kendiri Sekolah menggunakan kedua-dua Instrumen.


i. SKPM versi 2003 (Portal NKRA)

ii. SKPM versi 2010 (e-Penarafan)

Harap maklum.

Nota :
Status pengemaskinian SKPM 2003 (Portal NKRA) dan SKPM 2010 (e-Penarafan) akan dipaparkan pada pautan Status Terkini Pengisian SKPM SR.



Monday, November 25, 2013

Status Pengisian SKPM 2013 Sekolah Rendah

Penarafan kendiri Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) bagi Sekolah Rendah dilaksanakan secara online di laman e-Penarafan (SKPM versi 2010) http://www.moe.gov.my/enazir dan di Portal NKRA (SKPM versi 2003) http://nkra.moe.gov.my

Tarikh pelaksanaan ialah mulai 1 November 2013 sehingga 27 Disember 2013. Sehubungan itu pihak sekolah dipohon supaya melengkapkan pengisian selewatnya 20 Disember 2013 bagi semakan peringkat daerah.


Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Bentong

i. e-Penarafan (SKPM versi 2010)
( Tarikh kemaskini : 27/12/2013 ; 9.30 mlm )

*** Sila buat pengesahan skor setelah lengkap membuat pengisian.


    ****  NOTA  ****

Sila pastikan bilangan/jumlah item yang berkaitan dengan perkara di bawah adalah sama di bahagian 'SETUP'



Standard 3

    3.1.2 Panitia Mata Pelajaran

    3.2.2 Kelab & Persatuan Akademik

    3.2.3 Badan Beruniform

    3.2.4 Kelab Sukan & Permainan




Standard 4


Guru




Standard 5

    5.3.1 SR (PKS)       *tandakan ( )

    5.3.2 SR (UPSR)     *tandakan ( √ )


Status Pengisian e-Penarafan SKPM - Sekolah Rendah
ii. Portal NKRA ( SKPM versi 2003 )
( Tarikh kemaskini : 27/12/2013 ; 10.00 pg )


Thursday, November 14, 2013

e-Prestasi PBPPP: Pelantikan Pegawai Penilai

Makluman kepada sekolah-sekolah yang masih belum melantik Pegawai Penilai. Sila login menggunakan No IC Ahli Jawatankuasa PBPPP yang telah dilantik.

ID Pengguna: <No IC>              cth: 600606061515
Katalaluan: <No IC>

Setelah selesai membuat lantikan sila klik petak pengesahan dan butang 'Hantar' di laman terakhir.
Proses penilaian boleh dilaksanakan setelah pelantikan disahkan oleh PPD.
Harap maklum.

Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Bentong

Senarai Sekolah Yang Masih Belum Melantik Pegawai Penilai.
( semakan 27/11/2013; 8.30pg )

1. SK TUANKU FATIMAH
2. SK FELDA KG. SERTIK
3. SK KARAK
4. SK JAMBU RIAS
5. SK PELANGAI
6. SK SIMPANG PELANGAI
7. SK (FELDA) MEMPAGA 2
8. SK (FELDA) SG KEMAHAL
9. SK (FELDA) CHEMOMOI
10. SK SULAIMAN
11. SJK(C) KETARI
12. SJK(C) SUNGAI DUA
13. SJK(C) BUKIT TINGGI
14. SJK(T) LADANG TELEMONG
15. SJK(T) LADANG RENJOK
16. SJK(T) LURAH BILUT
17. SMK (FELDA) LURAH BILUT
18. SMK SERI PELANGAI
19. SMK (FELDA) CHEMOMOI
20. SMK TELEMONG
21. SMK KATHOLIK
22. SMK KHAI MUN
23. SMK KARAK
24. SMK SULAIMAN

Thursday, November 7, 2013

Perubahan Tempoh Prapelaksanaan PBPPP

Tempoh pelaksanaan Prapelaksanaan PBPPP di http://apps.moe.gov.my/smg/10/ telah dilanjutkan ke 31 Januari 2014. Tarikh akhir bagi penilaian oleh Pegawai Penilai ialah pada 17 Januari 2014. Harap maklum.


Monday, October 28, 2013

Pelantikan Jawatankuasa PBPPP Sekolah

Makluman bagi sekolah-sekolah daerah Bentong yang masih tidak melantik Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) http://apps.moe.gov.my/smg/10, adalah diminta untuk melaksanakannya selewatnya 1 November 2013 (Jumaat). Ia bagi membolehkan proses pelantikan Pegawai Penilai Pertama dan Kedua dilaksanakan.


Senarai Sekolah Yang Masih Belum Melantik JK PBPPP
( semakan 06/11/2013; 4.00ptg )

1. SK Karak
2. SK Jambu Rias
3. SK Simpang Pelangai
4. SK Kemasul
5. SK Bukit Piatu
6. SK Chemomoi
7. SK Sulaiman
8. SJKC Khai Mun Chamang
9. SJKC Ketari
10. SJKC Perting
11. SJKC Sungai Dua
12. SJKC Telemong
13. SJKC Bukit Tinggi
14. SJKC Sungai Penjuring
15. SJKT Bentong
16. SJKT Ladang Renjok
17. SJKT Karak
18. SJKT Lurah Bilut
19. SMK Seri Pelangai
20. SMK Kuala Repas
21. SMK Telemong
22. SMK Katholik
23. SMK Khai Mun
24. SMK Karak

Friday, October 25, 2013

Slide Mesyuarat GPK HEM SM IL-KPKT

Bahan Mesyuarat GPK HEM Sekolah Menengah PPD Bentong di IL-KPKT Bukit Tinggi Resort pada 21 hingga 23 Oktober 2013 boleh dimuat turun pada pautan berikut

Muat Turun > Dokumen > 2103 > 10 Oktober > Slide IL-KPKT

Unit Pengurusan Sekolah
PPD Bentong

Friday, October 18, 2013

Pengumpulan Data dan Maklumat Menerusi e-Perlu

Dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia sedang melaksanakan pengumpulan data dan maklumat keperluan asas keperluan sekolah sesi 2014 menggunakan modul e-Perlu menerusi Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) apdm.moe.gov.my . Tarikh akhir pengisian maklumat ialah pada 31 Oktober 2013.

Surat siaran dan manual pengguna boleh dimuat turun di Muat Turun > Dokumen > 10 Oktober > E-PERLU.zip

Mohon tindakan dan perhatian pihak tuan. Terima kasih

Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Bentong

Wednesday, September 25, 2013

Bahan Taklimat Pelaksanaan PBPPP

Makluman kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Bentong. Bahan Taklimat Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) boleh dimuat turun pada pautan berikut:

1. Muat Turun > 2013 > Slide PBPPP
2. Emel Kurikulum PPD Bentong

Harap maklum.

Tuesday, September 17, 2013

Mesyuarat Online SBP GPK Rendah SK

Dimaklumkan Mesyuarat Online SBP GPK Rendah SK akan diadakan pada ketetapan berikut:

     Tarikh       :   17/9/2013 (Selasa)
     Masa        :   2.30 petang
     Tempat     :   Dewan Aspirasi, PPD Bentong

Monday, September 9, 2013

Permohonan ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4 SBP Tahun 2014

Dimaklumkan bahawa permohonan secara atas talian untuk kemasukan murid Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tahun 2014 akan dibuka bermula dari 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013.

Panduan dan maklumat berkaitan dengan tatacara permohonan boleh dicapai dengan melayari laman web KPM di http://www.moe.gov.my. Bagi membuat permohonan sila klik pautan berikut > Permohonan SBP.

Bagi sebarang pertanyaan sila hubungi Haji Amirullah bin Bidin (Ketua Unit Pengurusan Sekolah, PPD Bentong)

Harap maklum.

Thursday, August 22, 2013

Kemasukan ke Tingkatan 1, Sekolah Kawalan dan SBP

Dimaklumkan bahawa pendaftaran ke Tingkatan 1, memasuki sekolah kawalan dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan dilaksanakan atas talian melalui sistem APDM berdasarkan ketetapan berikut:


PERKARA TEMPOH TINDAKAN
Pembukaan APDM bagi Pendaftaran Tingkatan 1.
Guru kelas tahun 6 membuat permohonan atas talian
 berdasarkan BPPS
1/8/2013
- 14/9/2013
Guru kelas Tahun 6/
 GPK HEM/ PPD(M)
Pembukaan Permohonan Sekolah Kawalan JPN
(RKN/ SMKA) PPD (RKD/KAA)
1/8/2013
- 14/9/2013
Guru kelas Tahun 6/
 GPK HEM/ PPD(M)
Pembukaan Sistem Permohonan ke
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
1/9/2013
- 15/10/2013
Guru kelas Tahun 6/
 GPK HEM/ PPD(M)

Makluman dari Unit Pengurusan Sekolah PPD Bentong

Wednesday, July 24, 2013

Cadangan Cuti Peristiwa & Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013

Berikut adalah cadangan tarikh cuti peristiwa & cuti berganti sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2013.


Harap dalam makluman dan tindakan. Terima kasih.


Slide Pembentangan Mesyuarat Kurikulum 19/7/2013

Slide pembentangan boleh dimuat turun pada pautan Muat Turun > 2013 > 07 Julai

Monday, July 15, 2013

Pelaksanaan Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)

Salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) telah beroperasi. Sehubungan itu, Pengetua dan Guru Besar di mohon untuk memuat turun surat siaran dan Manual Pengguna APDM.

Tuan / puan diminta mengambil tindakan mengenai peranan Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan HEM.

Proses pendaftaran kemasukan ke Tahun 1 - 2014, Tingkatan 1 - 2014 bermula pada 1 Ogos 2013 dan pendaftaran kemasukan ke SBP & Sekolah Kawalan (SRK) akan mula dilaksanakan pada 1 September 2013.

Terima kasih.

Wednesday, July 10, 2013

Urusan Kenaikan Pangkat PPPS Gred DG48 ke DG52 dan PPPS Gred DG44 ke DG48

Makluman mengenai urusan kenaikan pangkat PPPS Gred DG48 ke DG52 dan PPPS Gred DG44 ke DG48 bagi penyandang jawatan Pengetua dan Penolong Kanan yang dinaik taraf pada tahun 2012 di bawah Fasa 1 & 2.

Tuan / puan menyemak nama pegawai yang terlibat di Portal E-Pangkat > Modul Ketua Jabatan. Pegawai-pegawai yang terlibat diminta mengemaskini maklumat sebelum 15 Julai 2013. Terima kasih

Tuesday, July 9, 2013

Dashboard PPD

Bersama ini disertakan Surat Siaran Modul Kehadiran Guru - Dashboard PPD untuk tindakan dan perhatian pihak tuan.

Sila ke pautan Muat Turun > 2013 > 07 Julai. Terima kasih.

Pengisian KOMPAS Online

Sukacita dimaklumkan pihak Urusetia institut Aminudin Baki (IAB) memohon pengetua dan guru besar untuk mengisi maklumat kompetensi seperti dalam surat berikut:


Sila ke pautan Muat Turun > 2013 > 07 Julai. Terima kasih.

Selamat Datang ke Blog Pengurusan Sekolah PPD Bentong



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Selamat berkunjung ke ‘blogspot’ Unit Pengurusan Sekolah PPD Bentong. Sesungguhnya ruangan ini khas untuk anda semua menerima dan memberi maklumbalas perkara yang berkaitan Pengurusan Sekolah PPD Bentong. Semoga kita semua beroleh manfaat merealisasikan maklumat dihujung jari anda.
Sekian.

Hj. Amirullah Bidin
Ketua Unit Pengurusan Sekolah
PPD Bentong

Wednesday, July 3, 2013

Surat-Surat Siaran

Surat-surat siaran berikut adalah untuk tindakan dan perhatian pihat tuan;

   1. Kemudahan Kiosk SPPII
   2. Meningkatkan Penyertaan Murid dalam Ujian Saringan UKM1
   3. Penduan Pengurusan Kes Histeria
   4. Penghargaan Sarana Ibu Bapa
   5. Syarat Belajar Semula di Tingkatan 5 - Bil8 2013

Sila ke pautan Muat Turun > 2013 > 07 Julai. Terima kasih.